Sains Tahun 3 (PdPR 2/12/2020)

Assalamualaikum.

Tajuk : SISTEM SURIA

______________________________________________________________

SUBTAJUK 1 :  Ahli dalam Sistem Suria 

__________________________________________________________________________



Tonton video tentang ahli dalam SIstem Suria ๐Ÿ‘‡ dan cuba fahamkan


Daripada video di atas, kita dapat mengetahui bahawa ahli-ahli sistem suria terdiri daripada ;

 Matahari

8 buah planet (Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun)

Asteroid

Meteroid

Komet

Satelit semulajadi (bulan)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SUBTAJUK 2:  Suhu Planet 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tonton video berkaitan dengan suhu planet ๐Ÿ‘‡ dan cuba fahamkan


Semakin dekat sesuatu planet dengan matahari, semakin tinggi suhu planet tersebut.

Semakin jauh sesuatu planet daripada matahari, semakin rendah suhu planet tersebut.

Cuba kamu ingat kembali susunan planet dalam Sistem Suria?

UTARID 

ZUHRAH

BUMI

MARIKH 

MUSYTARI

ZUHAL

URANUS

NEPTUN

Sebagai contoh, suhu planet UTARID lebih tinggi daripada suhu planet URANUS kerana planet UTARID lebih dekat dengan matahari. 

Tetapi, suhu planet ZUHRAH paling tinggi dalam sistem suria kerana atmosferanya memerangkap haba.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SUBTAJUK 3: Orbit planet

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tonton video berkaitan orbit planet ๐Ÿ‘‡




Semakin dekat sesuatu planet dengan Matahari, semakin kecil orbit nya dan semakin singkat masa yang diambil untuk mengelilingi Matahari. 

Sebagai contoh, orbit planet UTARID lebih kecil daripada orbit planet BUMI kerana planet UTARID lebih hampir dengan Matahari.

Ini juga menyebabkan UTARID mengambil masa yang singkat untuk mengelilingi Matahari berbanding BUMI.



Jawab soalan kuiz ini untuk menilai tahap kefahaman anda.





Comments

Popular posts from this blog